Wednesday, 27 July 2016

begitu mudah....

begitu mudah untuk menghancurkan
sedangkan hakikatnya begitu sukar untuk membina

begitu mudah untuk memberi alasan
aku begini, begitu....

sekiranya aku lemah pentafsiranku...
katamu aku begini, begitu...

hakikatnya kau tahu,
mengapa aku begini dan begitu...

luka luka semalam...
menjadikan aku begini, begitu..

martabatku rendah di matamu...
hakikatnya kau tak cuba untuk memahami...

begini, begitu aku..
dengan satu keyakinan..
maruah dan prinsipku terjaga
selaku muslimah...

tapi kerana begini begitu aku..
kau sukar memahami aku...

katamu... biar begitu begini mereka
begitu mudah..

jelas..
rupanya...
kita tidak sama dan berbeza..



telah aku akui dulu
akhirnya ke mana kita....









kisah baru...

assalamualaikum,

harapnya masih ada lagi, insan yang sudi membaca coretan picisanku ini hehhehe..

alhamdulilah tempat baru, sekolah baru, murid baru, suasana baru...

pejam celik, rupanya aku dah 5 tahun tinggal kat Sarawak... macam tak percaya je.. bila dah pindah semenanjung ni baru tersedar.. ehh dah 5 tahun aku di sana...

kalau ikutkan banyak pengalaman indah kat sana berbanding pengalaman sedih, kalau aku tak kahwin lagi, mungkin aku tak pindah lagi kot hehehe..

tapi sebenarnya pengalaman tulah yang mengajar kita erti kehidupan.. bila aku berada di sana baru tahu mengucap kesyukuran... orang orang kat sana redha jee, walau hidup susah..
mana lagi anak murid aku selalu senyum dan gembira walaupon hidup serba kekurangan..

kalau bercakap soal murid, aku sebenarnya sedih, sebab aku rindu sangat kat anak murid kat sana, apatah lagi memang rapat betul betul, hinggakan boleh ajak tidur kat rumah.. myvi ungu aku tulah jugak banyak mengangkut anak murid aku kat sana, jalan jalan. ya allah, bahagianya rasa bila ingat kenangan indah bersama mereka. sikap hormat dan sayang pada guru mereka cukup tinggi. ingat lagi masa tahun pertama dan kedua kat Sarawak, basikal buruk tu jugak yang meround kampung dengan anak-anak muridku, jalan jalan tengok kampung, tengok orang mandi sungai. Tapi sekarang semua tu dah takde.... (sedih). seronok sangat duduk kat kampung tu dulu, dalam hutan, hidup pun tenang.. berbeza la sekarang, mungkin aku ni sejak dulu kini dan selamanya tak sesuai duduk di bandar..

kadang-kadang kecewa jugak...kenapalah budak kat bandar ni susah sikit aku nak masuk...ke aku ni tak ambil prinsip tak kenal maka tak cinta... mungkin aku masih baru.... kat sini... sehinggakan susah lagi nak suaikan diri kat bandar ni....

aiihh macam- macam cabaran.. sekurangnya dulu kalau aku bersedih, aku pergi dekat sungai kampung tian dan bawang tu, tengok budak budak mandi, tu dah cukup tenangkan jiwa... tapi kat bandar ni.. kiri kanan jenayah.. kiri kanan benda tak elok....

be continued......

robi yasir wala tu asir




Thursday, 21 July 2016

bismillahiramanirahim

Bila hati masih bertahan
bila diri masih berjuang
bila sedanya cuba mengerti
memahami
bila sedanya berjuang
dengan kudrat yang ada

telah aku lakukan semuanya kasih
telah aku korbankan segalanya

mudah memberi alasan
mudah memberi tindakan
pernahkah kau mengerti
hati ini
mudahnya untuk hancur
sukarnya untuk membina
selagi ada cinta
selagi ada rindu

selagi air mata mengalir
mudah kau berkata
aku hanya perempuan
ku terima segalanya
walau hatiku merana

pernahkah kau mengerti
menuduhku mudah berprasangka
firasat aku selalu betul

apa lagi yang tinggal
hanya cinta dan sayang padamu

hati aku milik allah
aku tak boleh paksa hati ini
jangan sampai cinta tiada lagi

selagi aku mampu bertahan
ku perjuangkan cinta ini
tapi aku kerdil
iman ku senipis bawang

telah ku lakukan segalanya
ku jua terima segalanya
walau hatiku merana

sekiranya tiada lagi cinta di hatimu
sekiranya tiada apa lagi perlu
aku juangkan




izinkan aku pergi..........
walaupun cinta masih dihati

Tuesday, 22 March 2016

masihhh adaa.....

asalamualaikum...

fuhhh, dah lama tak berblogging, hajat di hati, nak kuburkan terus blog ni, IBARAT, hidup segan, mati tak mahu..

tapi.. macam sayang pulak.... nak kuburkan, blog ni jadi tempat luahan hati, untuk diri sendiri bajet takde orang baca blog ni... he he

ALHAMDULILAH

rezeki dari ALLAH, doa aku dah dimakbulkan... perpindahan guru, untuk sesi januari 2016, aku berjaya... dan rezeki kami lagi.. sekolah baru aku, dekat sangat dengan rumah aku... ALHAMDULILAH, berlipat ganda rezeki kami..

sekarang ni aku dengan cik abe dah duduk sebumbung, ALHAMDULILAH syukur sangat..

episod duka lara, air mata kami dah berlalu... 2 tahun jugak tu....fuhhh mmg menguji keimanan..

tak mudah untuk kami lalui episod itu... berkat kesabaran aku dan suami, Alhamdulilah... doa kami dimakbulkan.

aku pun tak terjangka rezeki pindah ni cepat...

mati mati ingat 2017 baru dapat... seingat aku masa 2015 tu, macam takde petanda sangat aku dapat pindah... lagi-lagi semuanya berlalu dengan pantas.. sedih jugak bila dah berpisah dengan bumi Sarawak.. pengalaman pahit manis takkan aku lupakan kat sana.. sampai bila-bila..

macam tak percaya, puasa tahun lepas pun aku banyak mengorder nasi kerabu siblie, makan sorang sorang buat berbuka.. kat sarawak.. terawikh pon sorang kat rumah.. pendek kata 2015 aku banyak memencilkan diri dari kawan kawan, kat bumi sarawak..

banyak tumpuan aku bagi kat suami.. brbanding kawan kawan kat sana... bila ada je duit lebih aku balik nilai, atau dia datang sini...

masa tu kawan kawan seperjuangan kat sarawak, ramai bujang lagi....jadi mentaliti pemikiran tu berbeza la... jadi aku tak berapa la... diorng banyak tak faham lagi.....

macam aku kata tadi, aku tak terjangka dapat pindah, macam takde petanda....

hidup aku kat sarawak masa tu kosong... apa yang aku nantikan seharian ialah nak skype dengan suami n berhubung dengan dia jeee..masak pon tak

aku order nasi dengan siblie, pastu makan kat rumah, malam skype ngan suami...hari minggu sabtu ahad aku bnyak tgk movie kt internt, nk hilangkan boring... apa yg aku tunggu masa tu adalah nak jumpa suami, jeee.tak pikir benda lain...hidup aku kosong, lagilaa aku mnyewaa sorang sorang.. bukan ada housemate, sbb aku pikir, keselesaan.. takut nt suami aku datang housemate tak selesa, lagila aku takut aku moody, sbb duk jauh..jadi benda lain pulak nt, dahla kat sana ramai orang suka menyibuk pasal kita, ketua penyibuk tu dah pindah lama dah masa tu hahhahah

kadang kadang aku pon hairan, tgk ada sesetengah isteri berjauhan dengan suami, boleh keluar bergathering dengan kawan kawan, tanpa rasa sedih, keluar shoping, makan makan, bersuka ria, tak tahula, tak boleh nak hukum orang suka hati je, mgkin tu cara diorg nak happykan diri
...
aku tak,... aku jenis lain kot, hahahha

tak sanggup dah episod suami g sahur kedai mamak, sbb bini duk jauh.. dahla satu hari tu dia g sahur, nasi kedai tu dah hbs..nak masuk imsak dah time tu.... huhuhu

apapun aku syukur sangat....
semoga lepas ni aku dan suami, makin dekat dengan ALLAH..

robi yasir wala tu asir......

amin..


Saturday, 10 October 2015

Lirik lagu: Kasih

Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku

andai yang mengerti....
jarak ini.....
menyukarkan...
terima kasih di atas kesabaranmu syg.....
robi yasir wala tu asir.....


Sunday, 2 August 2015

bulan madu di aman tok bali

assalamualaikum,

memandangkan disember lepas cuti sekolah, aku dan suami mengambil kesempatan untuk bulan madu, alhamdulillah, walaupun bulan madu kt kampung sendiri...... hehehe


ni kat dalam bilik, memang selesa sangat












ronda-ronda dari tok bali ke besut









pastu berenti makan kat besut sekejap



ni pemandangan kat luar bilik







sebelum chekout hotel,  sempat snap gambar kat lobi










selamat tinggal aman tok bali, ada rezeki datang honeymoon lagi.... memang puas hati sangat.







alhamdulilah

robi yasir wala tu asir.....




Wednesday, 29 July 2015

setia seorang isteri

lagu  : Wildan 

Di sebalik redup mata mu 
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku di ruangan hati mu
Di sebalik senyuman mu Tersirat simpulan 
Deritanya hanya kau yang tahu 

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu 
Kau tetap di sisi 

Ku doakan agar kau kan bahagia 
Ku doakan agar tiada lagi derita 
Moga Tuhan kan merahmati mu 
Di syurga yang selayaknya  
Di sebalik redup mata mu 
Tersimpan satu rahsia 
Yang terbuku di ruangan hati mu 
Di sebalik senyuman mu 
Tersirat simpulan 
Deritanya hanya kau yang tahu  

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi 
Kerana kaulah bidadari  
Yang bersemi di hati 

Ku doakan agar kau kan bahagia 
Ku doakan agar tiada lagi derita 
Moga Tuhan kan merahmati mu 
Di syurga yang selayaknya  

Ku doakan agar kau kan bahagia 
Ku doakan agar tiada lagi derita 
Moga Tuhan kan merahmati mu 
Di syurga yang selayaknya 
Untuk seorang isteri yang setia 
terima kasih suami, kerana menghadiahkan ku lagu ini... semoga kita terus tabah meniti hari mendatang, semoga kita tidak dipisahkan dengan jarak beribu batu ini.........lagi......